Salam kepada semua,
Sudah lama saya tidak menulis untuk update ..maklumlah sibuk dengan kerja kerja seharian. Tapi hari ini saya nak berkongsi serba sedikit pengalaman saya semenjak berkecimpung dalam pelaburan emas ini. Saya bermula pada akhir Januari dan sekarang hampir mencecah empat bulan.
Ramai kawan kawan mula bertanya dah berapa banyak untung semenjak berkecimpung dalam pelaburan emas ini. Sebenarnya pelaburan emas sama dengan pelaburan pelaburan lain seperti ASB ataupun Unit Trust. Apa yang menarik perhatian saya ialah:
Kenaikan harga emas boleh meningkat kepada 27% dalam masa satu tahun. Ini saya telah ceritakan dalam posting saya yang lalu . Tuan puan juga maklum kenaikan harga emas juga meningkat bila harga minyak dunia meningkat dan jua sejajar dengan peningkatan inflasi. Pada waktu saya mula mula join dulu harga emas ialah RM2711 bagi emas 20g iaitu lebih kurang RM135.55 /gram , dikira agak tinggi juga tetapi apa yang dapat dilihat hari ini harga emas bukannya makin menurun tetapi semakin meningkat. Ini dapt dilihat di papan harga publicgold seperti di bawah:
Public Gold Price (24 Hours Live)
(Last updated 24/05/10 1:45 PM)
We Sell We Buy
20 gram RM 2759.00 RM 2593.00
50 gram RM 6864.00 RM 6486.00
100 gram RM 13664.00 RM 12981.00
1 kilogram RM 136643.00 RM 129811.00
dalam masa beberapa bulan sahaja harga emas dah meningkat kepada RM137.95/gram (RM2759.00/20g). Ini yang mengembirakan saya dan menambahkan keyakinan saya ..bahawa tak rugi beli emas. Ini belum lagi tunggu kenaikan harga setahun . Jadi kesimpulannya untung ke tak untung?? Bermakna bila harga emas meningkat maka meningkatlah pasif income kita. Bila harga naik dan naik kita boleh jual dan merasai keuntungannya. Setakat itu saja dulu..jumpa lagi di posting yang akan datang
No comments:
Post a Comment